Tanggal 8 Mei 20013, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa diantara kelengkapan yang akan dibeli untuk digunakan di Lahad Datu adalah helikopter tempur. Sejak dari hari itu, banyak blog- blog pertahanan tempatan memperkatakan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Zahid Hamidi terutamanya persoalan apakah jenis helikopter tempur yang bakal digunakan? adakah helikopter tempur bermakna helikopter penyerang dan mengapakah Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan bukannya Menteri Pertahanan?